PSMZA tabur bakti di Batam, Indonesia

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
11 July 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA, Komuniti

15 Mei 2023 – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah mengadakan International TVET Skill Exchange Programme dengan kerjasama Universiti Ibnu Sina (UIS) dan Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Ibnu Sina di Batam, Indonesia. Program ni melibatkan seramai 19 orang pelajar dan 14 pensyarah serta pegawai kanan PSMZA yang memberi khidmat kepakaran buat penduduk desa di sekitar kepulauan Batam.

Sukarelawan PSMZA telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan mensasarkan aktiviti khidmat yang berlainan kepada komuniti. Satu kumpulan ditugaskan untuk kerja-kerja pendawaian eletrik di beberapa buah surau, satu kumpulan lain membantu dalam khidmat perkongsian ilmu pengetahuan manakala satu kumpulan lagi bertanggungjawab dalam menyumbang khidmat urusetia melalui seminar kepada pengusahaan kerepek nenas.

Melalui program yang sama, PSMZA juga telah menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) bersama UIS dan STAI Ibnu Sina bertempat di Dewan Kuliah Utama, UIS pada 12 Mei 2023. Antara kandungan AMM yang dimenterai ialah program pertukaran pelajar dan pensyarah di antara ketiga-tiga institusi serta perkongsian kepakaran serta berkolaborasi dalam seminar dan pembentangan hasil penyelidikan dan lain-lain lagi. 

/*! elementor - v3.14.0 - 26-06-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti