PSP anjur 16th FIRA Malaysia Cup 2023

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
11 July 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA

12 Mei 2023, Permatang Pauh – Politeknik Seberang Perai (PSP) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penganjur bagi Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023. 

Pengerusi 16th FIRA Malaysia Cup 2023, Mohd Noor Shahudin berkata, kejohanan ini berjaya menarik penyertaan banyak politeknik dan kolej komuniti kerana ianya bukan hanya sekadar pertandingan robotik.

“Ini kerana, kejohanan yang dianjurkan secara tahunan ini boleh berfungsi sebagai platform terbaik untuk memindahkan’ teknologi kepada generasi muda dewasa ini”, katanya lagi.

Tambahnya, pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan mengenalpasti kategori yang berpotensi untuk menyumbang pingat buat Malaysia dan akan meneruskan perjuangan di peringkat antarabangsa melalui penganjuran FIRA RoboWorld 2023 yang bakal berlangsung di Germany Julai nanti sekaligus dapat memperkenalkan politeknik dan kolej komuniti di mata dunia.

Berlangsung selama lima hari bermula 8 Mei 2023, kejohanan ini berjaya menarik penyertaan daripada seramai 320 orang pelajar bersama 133 orang pensyarah pengiring daripada 21 buah politeknik serta dua buah kolej komuniti di seluruh negara.

Sebanyak lapan (8) kategori dipertandingkan iaitu Simurosot, AIR Drone, Androsot, Robosot, MyBot, Hurocup, Aibot dan Business & Innovation. Secara keseluruhannya, kejohanan ini menawarkan 69 pingat termasuk 23 pingat emas daripada kesemua 23 sub kategori yang dipertandingkan.

Pengarah PSP, Harith Fadzilah Abd. Khalid merangkap pengelola kejohanan turut berpuas hati dengan penganjuran FIRA Malaysia Cup 2023 serta berterima kasih atas komitmen penuh semua pihak yang dalam menjayakannya.

“Saya berharap kejohanan ini dijadikan sebagai platform yang dapat mengasah pelajar untuk berfikiran kreatif dan melahirkan saintis serta jurutera yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa”, katanya lagi.

Pada kejohanan edisi kali ini, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya meraih FIRA MALAYSIA CUP CHAMPION sempena 16th FIRA Malaysia Cup 2023.

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dinobatkan selaku johan keseluruhan dalam pertandingan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai (PSP), baru-baru ini

Mohd Noor Shahudin(dua dari kiri) bersama Harith Fadzilah Abd. Khalid pada kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai (PSP), baru-baru ini.

Politeknik Seberang Perai berjaya merangkul Gold Medal dan Best Presentation bagi kategori Business and Innovation

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti