PTSB meterai MOA PPRN 2.0 bersama Miracle Medallion Centre Enterprise, bangunkan sistem pemakanan automatik pintar berpusat

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
30 August 2023
Penyelidikan dan Inovasi

24 Julai 2023 , Kulim – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) meterai Memorandum Perjanjian (MOA) Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, disini, pada hari ini.

Projek yang diterajui oleh Encik Izhar bin Ahmad dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSB telah terpilih untuk menerima dana PPRN 2.0 bagi projek penyelidikan yang bertajuk pembangunan sistem pemakanan automatik pintar berpusat untuk industri akuakultur ikan keli bersama syarikat Miracle Medalion Centre (MMC).

Syarikat MMC merupakan rakan kolaborasi bagi menjayakan projek PPRN 2.0 ini. Syarikat tersebut menjalankan perniagaan berkaitan akuakultur dengan aktiviti utamanya iaitu penternakan dan penghasilan pelbagai produk berasaskan ikan keli.

Disamping itu pihak syarikat juga telibat di dalam aktiviti penyelidikan teknologi hijau ialitu memproses sisa buangan ikan keli untuk dijadikan pelet makanan ikan dan juga baja organic dari air ternakan ikan keli.

Pada majlis sama, YBrs. Dr. KP turut mengadakan lawatan ke sekitar bangunan bengkel/makmal MRTC.

Turut hadir ialah YBrs. Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK, YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK, YBrs. Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB dan Encik Mohd Roshaidi bin Yusof, Pengurus MMC.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti