Pusat Teknologi Politeknik diiktiraf Industri

UKK JPPKK
20 October 2022
BERITA, Industri

4 Oktober 2022 , Bangi – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Centre of Technology (COT) Politeknik Malaysia. Majlis ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap pencapaian pusat teknologi atau dikenali sebagai COT yang telah diwujudkan bermula sejak tahun 2010. Pada majlis ini sebanyak enam (6) Anugerah Pencapaian Elemen Terbaik dan tiga (3) Anugerah Pencapaian Terbaik COT telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sufri bin Hj Mohd Zin, Pengerusi Majlis Penasihat Industri JPPKK.

YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK berkata, Pengiktirafan sesebuah COT amat berkait rapat dengan tahap pencapaian mengikut penarafan bintang. Pada setiap tahun, sebanyak 12 COT Politeknik akan dinilai melalui Sesi Verifikasi Pencapaian COT yang dilaksanakan secara menyeluruh oleh JPPKK bersama panel penilai yang dilantik.

“Kesemua COT ini perlu mencapai markah pencapaian 80% dan ke atas bagi mengekalkan prestasi sebagai 2 star rating COT. Ia merangkumi tujuh (7) elemen utama antaranya kolaborasi, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, penerbitan, perkhidmatan kepakaran, pengiktirafan serta penjanaan pendapatan”

Dalam majlis ini, telah disampaikan anugerah kepada Polytechnic Centre Of Automotive And Manufacturing Technology (POLCAM) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Centre Of Medical Electronic Technology (CMET) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Creative Design Centre (CDEC) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Centre Of Architectural Technology (CART) Politeknik Port Dickson (PPD) yang masing-masing telah memenangi anugerah bagi setiap elemen utama yang dipertandingkan.

Polytechnic Centre Of Automotive And Manufacturing technology (POLCAM) dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah dipilih sebagai penerima Diamond Award (tempat pertama). Sementara itu, Centre Of Medical Electronic Technology (CMET) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Centre Of Food Science And Technology (CFOST) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) masing-masing telah menerima Sapphire Award (tempat kedua) dan Emerald Award (tempat ketiga).

Pada majlis sama turut diadakan Pelancaran Pelaksanaan Industry On Campus (IOC) JPPKK. IOC merupakan satu inisiatif membawa persekitaran sebenar industri ke dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Terdapat lima (5) IOC Rintis iaitu Penglobal Uniform di Kolej Komuniti Baling, Zaftrad Services (M) Sdn Bhd di Politeknik METrO Tasek Gelugor, Garden House Biz di Politeknik METrO Johor Bahru, Kelembai Studios Sdn Bhd di Kolej Komuniti Selayang dan The Jerai Hotel Sungai Petani di Kolej Komuniti Sungai Petani. Kesemua industri dan institusi ini telah menerima simbolik pelancaran berupa plak dan trofi IOC Rintis JPPKK.

COT 5

Ts. Zainab Ahmad bersama pempamer dari COT Politeknik

Tan Sri Dato’ Sri Sufri Hj Mohd Zin dan Ts. Zainab Ahmad  bersama penerima Diamond . Sphire dan Emarald Award.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti