Qari PSS dan qariah PNS Johan Majlis Tilawah Al- Quran POLYCC Peringkat Kebangsaan

KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
08 May 2023
Aktiviti Pelajar

12 April 2023, Beaufort – Qari Politeknik Sandakan (PSS) Mohamad Najib Jiman dan qariah Politeknik Nilai (PNS) Anis Nur Aishah Binti Adzahr masing-masing diumum sebagai Johan tilawah pada Majlis Penutup Tilawah Al-Quran POLYCC peringkat Kebangsaan 2023.

Pada majlis yang berlangsung di Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kamaludin Daud turut mengumumkan qari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Faris Hafizi Bin Mohd Hazeli sebagai Naib Johan dan tempat Ketiga iaitu Muhammad Akil Irozi dari Politeknik Kota Baharu (PKB).

Bagi kategori qariah pula ialah Nurin Aisyah Shaiful Shafik dari Kolej Komuniti Bandar Penawar selaku Naib Johan manakala tempat Ketiga milik Nur Zulhijjahtul Balqis Akhbar dari PSIS. Semua qari dan qariah membawa pulang wang tunai dan sijil penyertaan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti