Semarak Seni PSA raih Naib Johan dan Anugerah Susunan Muzik Terbaik di FESKEW-13

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
12 August 2026
Aktiviti Pelajar, BERITA

10 Ogos, Mersing – Kumpulan Semarak Seni, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berjaya meraih Naib Johan dan Anugerah Susunan Muzik Terbaik bagi Kategori Tarian Rampaian Melayu Kreatif dalam Festival Kebudayaan dan Warisan PolyCC Kali Ke-13 (FESKEW-13).

Festival yang berlangsung pada 7 hingga 10 Ogos 2026 di Politeknik Mersing, Johor ini merupakan temasya dwitahunan yang menghimpunkan penyertaan daripada 27 institusi, terdiri daripada 19 politeknik dan 8 kolej komuniti seluruh Malaysia.

FESKEW-13 mempertandingkan tiga kategori, iaitu Tarian Rampaian Melayu Kreatif, Layang-layang Rokakku dan Arca Pasir. PSA telah menghantar wakil bagi ketiga-tiga kategori tersebut. Walaupun belum memperoleh kemenangan dalam kategori Layang-layang Rokakku dan Arca Pasir, penyertaan ini telah memberikan pengalaman, pendedahan serta peluang berharga kepada para pelajar untuk mengembangkan bakat dan kreativiti pada peringkat kebangsaan.

Kejayaan yang diraih membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pelajar, di samping memperkukuh usaha PSA dalam memartabatkan seni serta warisan budaya negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta, jurulatih, penyusun muzik, pegawai pengiring serta semua pihak yang telah menyumbang kepada penyertaan dan kejayaan kontinjen PSA.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti