Seramai 2,030 pelajar baharu didaftarkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
26 June 2026
Akademik

SHAH ALAM, 26 Jun 2026 – Seramai 2,030 pelajar baharu didaftarkan dan berjaya mendapat tempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dengan 1,236 pelajar siswa dan 794 pelajar siswi.

PSA menawarkan bidang pengajian dalam jurusan kejuruteraan elektrikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan perdagangan. Bagi semua pelajar baharu yang berjaya ditempatkan di PSA pecahan pelajar baharu mengikut bidang pengajian adalah seperti berikut:

  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) 771 pelajar.
  • Jabatan Perdagangan (JPG) 464 pelajar.
  • Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) 433 pelajar.
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) 362 pelajar.

Program Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I:  2026/ 2027 telah berlangsung selama empat (4) hari dari 22 hingga 25 Jun 2026 untuk mendedahkan para pelajar kepada proses pembelajaran yang bakal dihadapi sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dan modal insan Negara.

Majlis Perasmian Penutupan Program MTS Sesi I:  2026/ 2027 telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman, Timbalan Pengarah Akademik PSA dan turut hadir semua ahli pengurusan PSA dan pensyarah PSA.

PSA mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Sesi I 2026/2027 ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC). Pemilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian di institusi TVET terbesar negara ini merupakan langkah penting ke arah pembentukan masa depan yang cemerlang.

Dengan ekosistem pembelajaran yang berteraskan TVET serta kerjasama erat bersama industri, POLYCC komited melahirkan graduan yang kompeten, berketerampilan dan bersedia memacu pembangunan negara.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti