
“Kalaulah dia ada di sini, dialah orang yang paling gembira memakai jubah ini.” Begitulah luahan hiba Zeilawani Abu Naim sewaktu melangkah naik ke pentas bagi menerima skrol diploma mewakili anak sulungnya yang telah kembali ke rahmatullah.
Suasana di dalam Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) pada 5 Ogos 2026 bertukar sepi dan diselubungi dengan titisan air mata apabila nama Allahyarham Ammar Azwar Asri diumumkan pada Istiadat Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Utara 2026 di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis pada 5 Ogos 2026.
Kolej & Universiti
Genggaman segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) itu menjadi saksi bisu dan bukti tuntas kepada sebuah perjuangan akademik yang terpadam sebelum sempat diraikan oleh pemiliknya.
Skrol berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Malaysia, Ulaimi Yahya kepada bapa mangsa, Asri Anim yang kelihatan sebak, dengan ditemani isterinya, Zeilawani.
Membuka kembali tirai duka, impian arwah Ammar Azwar untuk bergelar seorang jurutera bertauliah musnah dalam sekelip mata apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis pada 27 Disember 2025.
Menurut Zeilawani, pada hari kejadian, anak sulung daripada dua beradik yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu sebenarnya sedang dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung halaman.
“Dia sangat teruja hendak balik hari itu kerana mahu meraikan majlis pernikahan sepupunya serta majlis pertunangan ahli keluarga kami. Pakaian semua sudah siap digosok, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.
“Kemalangan ngeri itu meragut nyawanya akibat kecederaan parah. Walaupun perit, kami reda dengan ketentuan-Nya,” katanya dengan nada yang tersekat-sekat dan berlinangan air mata.
Undang-undang Keluarga
Sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi, Allahyarham Ammar Azwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn, Batu Pahat.
Dia kemudian meneruskan pengajian di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) selama dua tahun lima bulan, termasuk menamatkan latihan industri selama lima bulan di SPT Services Pengerang, Johor.
Sepanjang tempoh bergelar mahasiswa, Ammar Azwar bukan sahaja dikenali sebagai anak yang berbakti, malah seorang pelajar yang amat cemerlang dan berpandangan jauh.
Antara pencapaian terbesarnya yang menjadi kebanggaan keluarga adalah mengharumkan nama institusi dengan meraih tempat ketiga dalam pertandingan berprestij International Competition and Exposition on Engineering & Technology (ICOMPEX) menerusi projek inovasi ‘Reka Bentuk dan Ciptaan Mesin Mencuci Beras Separa Manual’.
“Arwah seorang yang sangat mudah disenangi, baik hati, dan sentiasa menceriakan suasana. Sama ada di rumah, dalam kelas, atau bersama rakan serumah, dialah penghibur kami semua. Kehilangannya meninggalkan lompang yang amat besar dalam hidup kami,” tambah Zeilawani lagi.
Pengijazahan
Dalam pada itu, bapa Allahyarham, Asri Anim turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan POLIMAS kerana telah memberikan peluang keemasan kepada anaknya menimba ilmu dan mengejar cita-citanya.
Meskipun majlis konvokesyen itu berakhir tanpa kehadiran fizikal Ammar Azwar, namun segala kenangan, kebaikan, dan jasa yang pernah dicurahkan oleh anak muda itu akan sentiasa terpahat kemas dalam ingatan.
Seluruh sidang dewan konvokesyen semalam turut bersama-sama mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Ammar Azwar dengan doa agar rohnya diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan dianugerahkan ganjaran syurga.
Graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) itu membuktikan dominasi luar biasa sepanjang enam semester apabila mengekalkan rekod bersih meraih Anugerah Ketua Jabatan berturut-turut..
“Kejayaan ini adalah milik ibu bapa dan semua pensyarah POLIMAS yang tidak pernah penat membimbing saya.
“Minat saya amat mendalam dalam bidang elektrik. Insya-Allah, saya akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama,” katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen POLYCC di PTSS, Arau, Perlis.
Sementara itu, ibunya, Norzaharina Ab Halim berkata, kejayaan Danny Haykal yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu amat menyentuh hati dan di luar jangkaan keluarga.
Sumber Pengajaran & Bilik Darjah
“Saya benar-benar tidak menyangka Danny akan dipilih menerima anugerah tertinggi ini. Sebagai anak sulung, kejayaannya hari ini pasti akan menjadi azimat dan sumber inspirasi untuk adiknya mencontohi jejak langkah abangnya,” katanya yang merupakan seorang suri rumah dari Perlis.
Selain cemerlang dalam Pendidikan, Danny Haykal juga aktif dalam pelbagai portfolio berprestij seperti Kepimpinan Tertinggi: Memegang amanah sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sektor Kelab & Persatuan serta Pengarah Operasi Jawatankuasa Suruhanjaya Perwakilan Pelajar di bawah kepimpinan YDP Luqman Hakim.
Selain bidang Sukan & Inovasi Digital: Membantu kontinjen meraih tempat ketiga acara e-sports (Mobile Legends) dan memenangi pingat emas acara tarik tali dalam kejohanan Kasumas.
Melibatkan diri dalam seni Pertahanan Diri: Pemegang tali pinggang hijau (Gred ke-6) International Taekwondo Federation (ITF) dan merupakan Bendahari Rakan Pusat Islam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi empat sesi Minggu Suai Kenal.
Keluarga
Sementara itu, Ulaimi Yahya berkata, kejayaan yang dirai pelajar-pelajar adalah berkat pengorban ibu bapa.
“Semoga para graduan terus melakar kecemerlangan, membanggakan keluarga, dan menyumbang kepada masyarakat sebagai insan yang berilmu serta berakhlak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Dr. Mhd Azmin Mat Seman berkata, seramai 876 graduan menerima sijil dan diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Perdagangan.
“Graduan TVET POLIMAS kini dilatih menggunakan pendekatan hibrid termasuk integrasi Kecerdasan Buatan (AI) serta platform digital imersif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi memenuhi standard industri moden.
“Tahniah kepada semua ibu bapa. Kejayaan para graduan melakar sejarah peribadi pada hari ini adalah berkat doa restu dan air mata pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” ujar Dr. Mhd Azmin. –KitaReportes