Sukan Woodball lonjakkan nama Kolej Komuniti Sungai Siput

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
28 January 2024
Sukan

14 Disember 2023, Seri Iskandar- Penganjuran Klinik Sukan Woodball buat julung kali di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar telah membuka mata banyak institusi bahawa Kolej Komuniti Sg. Siput sangat sinonim dengan sukan ini.  Klinik Sukan Woodball Peringkat Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Khairuddin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Klinik sukan ini memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah dari institusi Pendidikan
Tinggi, Kolej Komuniti seluruh Negeri Perak dan Institusi yang terdapat di
daerah Perak Tengah Khususnya iaitu, UiTM, Universiti Teknologi Petronas, Institut Kemahiran Belia Negara, Kolej Matrikulasi Gopeng dan Kolej Profesional Mara. Kesemua peserta diberikan sijil penyertaan setelah selesai menyertai klinik sukan woodball ini.

YB. Tuan Khairuddin Bin Abu Hanipah dalam ucapannya berkata sukan ini mampu melahirkan juara di peringkat kebangsaan kerana sukan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dan yang paling penting ialah latihan yang berterusan, sama seperti sukan memanah dan bowling. Belian juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kolej Komuniti Sg. Siput kerana sudi menganjurkan Klinik Sukan Woodball ini.

Program selama satu hari itu diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan woodball dan boleh diketengahkan untuk mewakili negeri Perak dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. YB. Tuan Khairuddin bin Abu Hanipah semasa berucap di majlis perasmian telah mencadangkan agar Universiti Teknologi Petronas menyediakan tempat untuk sukan woodball ini kerana lanskap yang ada di Universini Teknologi Petronas ini amat sesuai dengan sukan woodball.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengarah Kolej Komuniti Sg. Siput, Tuan Haji Ahmad Rizal Bin Hj. Omar dan wakil-wakil institusi yang mengambil bahagian dalam klinik sukan yang julung kali diadakan ini.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti