TKSU (Dasar) KPT Merasmikan MyPOLYCC LEP

UKK JPPKK
22 December 2022
BERITA, Umum

28 October 2022, Bandar Enstek – Program Malaysian Polytechnic and Community College Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar),Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata, Kecemerlangan bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja, tetapi juga dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti.

“Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya menyeru kepada barisan pengurusan sekalian untuk menghayati setiap arahan, tugasan dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah”

Program yang melibatkan seramai 46 orang peserta ini, dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Program ini memfokuskan kepada pembangunan diri, pemikiran strategik dan kepimpinan kepada pegawai-pegawai yang dipilih dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara. 

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti