
JENDELA MADANI




Sambutan Hari Akademia POLIMAS 2025 pada 13 November lalu mencipta detik bersejarah apabila seorang tokoh akademik dan pakar geospatial, TPr. Gs. Rozaimi Majid, dinobatkan sebagai Tokoh TVET POLIMAS 2025.
Penghargaan tertinggi ini diberikan kepada individu yang membuktikan kecemerlangan luar biasa dalam bidang pendidikan teknikal negara.
Lahir di Kampung Telok Ara, Jitra pada 31 Ogos 1970, tokoh ini merupakan pensyarah yang telah menabur bakti lebih 22 tahun di POLIMAS, dan kini menjadi antara nama paling dihormati dalam bidang perancangan bandar, GIS dan teknologi geospatial.
MEMEGANG PELBAGAI PERANAN
Sebagai tenaga pengajar, penyelidik dan pemimpin akademik, TPr. Gs. Rozaimi memegang pelbagai peranan penting antaranya sebagai Panel Penaziran Akademik (PeNA), JPPKK;
Penggubal Kurikulum Diploma Perancangan Wilayah; Ketua Centre of Technology (COT) POLIMAS; Juruaudit Dalaman ISO dan Ahli profesional berdaftar di MIP, BTPM & IGRSM.
Beliau dikenali sebagai antara tulang belakang dalam menaikkan mutu kurikulum dan standard TVET di POLIMAS.
Menurut Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Dr. Mhd Azmin Mat Seman, menzahirkan rasa bangga terhadap penganugerahan tersebut.
NADI KEKUATAN TVET
“Pengiktirafan ini amat tepat TPr. Gs. Rozaimi adalah nadi kekuatan TVET di POLIMAS, khususnya dalam memperkukuh bidang GIS dan perancangan.
Dedikasi, kepakaran dan komitmennya menjadikan beliau inspirasi kepada seluruh warga akademik.
Sepanjang kerjayanya, beliau telah mengumpul pelbagai pencapaian cemerlang termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2010 & 2019); Best Paper Award ITEC’23; Pingat Emas TVET Innovation Idea (PNICC’22); Editor eBook Pemeriksaan Tapak Dalam Perancangan Bandar; Penyelidik projek geran T-ARGS & IPIZ-UUMdan terlibat dalam Projek Hentian Bas & Teksi POLIMAS.
MEMBANGUNKAN VIDEO PdP
Beliau juga aktif membangunkan video PdP dan melibatkan diri dalam pembinaan Galeri CToP POLIMAS.
Rozaimi ketikan ditemui menyifatkan penghargaan ink amat bermakna kerana beliau melihat TVET sebagai masa depan pembangunan negara.
“Saya komited untuk terus menerajui bidang geospatial, perancangan dan teknologi baharu bagi manfaat pelajar POLIMAS,” kata beliau.
Beliau turut menyeru agar lebih ramai anak muda melihat TVET sebagai laluan kerjaya yang progresif dan bernilai tinggi.
DISAMPAIKAN ANUGERAH LAIN
Pada majlis ini juga disampaikan anugerah lain termasuk Anugerah Staf Sokongan: Abdul Kadir Mahamood (Unit Sistem Teknologi Maklumat); Anugerah Pensyarah Cemerlang: Ts Afzanizam Alias
(Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi);
Anugerah Pensyarah Harapan: Dr Syaiful Nizam Ab Rahim (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal); Anugerah Pembelajaran dan Pengajaran: Husna Mat Salleh (Jabatan Sains ,Matematik dan Komputer); Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat: Mazuin Stapah@Salleh (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi);
Anugerah Mentor Keusahawanan: Neza Nurulhuda Nekmat (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal); Anugerah Penyelidikan dan Inovasi: Dr Suhaini Mat Daud (Jabatan Perdagangan); Anugerah Penerbitan: Dr Syaiful Nizam Ab Rahim (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal);
Anugerah Ikon Kesukarelawanan :Ts Abdul Aziz Ab Nasir (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi); Anugerah Ikon Kokurikulum: Noor Hazalina Abdullah (Jabatan Kejuruteraan Awam); Anugerah Ikon Kolaborasi : Nor Ida Laila Aziz (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Anugerah Inspirasi Kreatif: Nurhidayah Ismail(Jabatan Kejuruteraan Awam).
Turut hadir dalam majlis yang diadakan ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Hamizi Yahya, Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua Unit. – JM