Tujuh Pelajar PIS dilantik Duta Perpaduan Johor

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
18 January 2024
Aktiviti Pelajar

13 Januari 2024, Johor Bahru – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Program Duta Perpaduan Johor.

Program ini disertai oleh anak-anak muda Johor dari kalangan mahasiswa institusi pendidikan dan belia Johor.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Perpaduan Negeri Johor dan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Ia telah dilaksanakan buat kali kedua dengan pelantikan barisan Duta Perpaduan Johor yang baru pada tahun ini. Program ini amat diyakini, bahawa anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor akan lebih mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri Johor.

Seramai tujuh orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor dan telah menerima sijil pelantikan sebagai Duta Perpaduan Johor.

Pelantikan ini telah diadakan semasa Program Ekspo AKUAGRO RT & SIMPOSIUM DUTA PERPADUAN JOHOR di Dewan PPR Sri Stulang, Johor Bahru. 

Pelajar yang terlibat adalah, Nur Khairil Hafizi, Qalif Haziq Nusi dan Mark Ruben Justine, pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Devan Pannerselvam, Lee Chang Wei dan Rinnasaranie Ravindran, pelajar dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, dan Nur Intan Syafiqah Hairulnizam, pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Dalam majlis itu, Nur Khairil Hafizi  telah mengetuai Bacaan Ikrar Duta Perpaduan Johor.

Turut hadir daripada PIS ialah YM tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, PIS dan En. Johaini Ibrahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat, PIS serta mantan Duta Perpaduan Johor, PIS 2022-2023 iaitu saudara Wan Muhammad Faiz bin Wan Basri dan Goh Sheng Khai. Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh barisan Duta Perpaduan Negeri Johor PIS dan POLYCC Johor serta IPT yang lain atas pelantikan. Semoga tanggungjawab yang digalas ini membawa kejayaan serta kecemerlangan kebolehpasaran diri sebagai seorang mahasiswa.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti