VISCOM Show Ke-25 JRKV PMS 2025: Kreativiti dan Inovasi Pelajar Menjadi Tumpuan Utama

POLITEKNIK MUADZAM SHAH
24 November 2025
Aktiviti Pelajar, Penyelidikan dan Inovasi

20 November 2025 – Program VISCOM Show Ke-25 anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah sekali lagi membuktikan keupayaan pelajar dalam menampilkan karya kreatif selaras dengan kehendak industri reka bentuk. Program yang berlangsung pada 18–19 November 2025 itu menampilkan pelbagai hasil projek akhir pelajar dari tiga program pengajian iaitu Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Teknologi Media Cetak dan Diploma Teknologi Media Cetak WBL.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar projek akhir atas kemampuan menghasilkan karya yang kreatif dan memenuhi standard industri. Syabas turut ditujukan kepada para penyelia dan pensyarah JRKV yang sentiasa membimbing serta memupuk budaya penghasilan kerja berkualiti tinggi dalam kalangan pelajar. VISCOM Show 2025 dengan tema “Demon Slayer” terus menjadi platform penting untuk menyerlahkan kreativiti, inovasi dan identiti visual pelajar.

Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Encik Shahrul Nizam Bin Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik, diiringi Encik Mohd Helmi Bin Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, serta disantuni oleh Puan Zahana Binti Yusoff, Ketua Jabatan JRKV. Pelajar cemerlang telah menerima anugerah mengikut kategori masing-masing, antaranya:

Anugerah Reruai Terbaik

Diploma Rekabentuk Grafik:
Tajuk Projek:Emma Pizza
Pelajar: Arisha Irdina binti Hafiszal
Penyelia: Encik Muhammad Fikri

Diploma Teknologi Media Cetak:
Tajuk Projek: Nurul’s Spa
Pelajar: Humairaa binti Yunus & Nur Jeha Habriyah
Penyelia: Puan Noor Yuslizawati

Diploma Teknologi Media Cetak (WBL):
Tajuk Projek:Lilin Dessert
Pelajar: Nur Humaira binti Rofie & Izeman Shah
Penyelia: Ts. Nafisah

Anugerah Projek Harapan

Diploma Rekabentuk Grafik:
Tajuk Projek:Sailors Rest
Pelajar: Muhammad Hazim
Penyelia: Pn. Haizatul Akma

Diploma Teknologi Media Cetak:
Tajuk Projek:Ummah’s People
Pelajar: Nur Anis Shakira & Nur Ilyasa
Penyelia: Pn. Norhidayah

Diploma Teknologi Media Cetak (WBL):
Tajuk Projek:Roti John Klasik
Pelajar: Qayum & Muhammad Syahmir
Penyelia:Ts. Fatin Nabihah

Anugerah Inovasi Terbaik

Diploma Rekabentuk Grafik:
Tajuk Projek:Emma Pizza
Pelajar: Arisha Irdina
Penyelia: Encik Muhammad Fikri

Diploma Teknologi Media Cetak:
Tajuk Projek:Tadika Pintar Al Quran
Pelajar: M. Firdaus & M. Ulwan
Penyelia: Pn. Hazwani

Diploma Teknologi Media Cetak (WBL):
Tajuk Projek:Afiq Burger Jati 2
Pelajar: M. Farhan & M. Mirza
Penyelia:Ts. Nafisah

Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan Mengikut Program

Diploma Rekabentuk Grafik:
Tajuk Projek:Speedtrack Legacy
Pelajar: Syaza Ameera
Penyelia:Penyelia: Ts. Nurul Fadzillah

Diploma Teknologi Media Cetak:
Tajuk Projek:Boba Bundle
Pelajar: Adam Syahmi & Muhammad Zainul Abidin
Penyelia: Pn. Hazwani

Diploma Teknologi Media Cetak WBL:
Tajuk Projek:Bahulu Angau
Pelajar: Ainul Mardhiah & Nur A’in Fahema
Penyelia: Ts. Fatin Nabihah

Untuk makluman, semua projek pelajar ini merupakan hasil kolaborasi bersama syarikat sebenar. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap situasi dan keperluan sebenar dalam industri, sebagai persediaan menghadapi dunia kerjaya kelak. VISCOM Show 2025 menjadi bukti bahawa JRKV terus melahirkan pelajar berbakat, berdaya cipta dan bersedia memenuhi keperluan industri kreatif. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih gemilang pada masa hadapan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti