Warga PMJB sertai Program Gerak Rahmah 2023 Jom Masak Bubur Lambuk

POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
06 April 2023
Aktiviti Pelajar, Komuniti

1 April 2023, Johor Bahru – Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menyertai Program Gerak Rahmah 2023 Jom Masak Bubur Lambuk sempena Kembara Perpaduan Malaysia Madani peringkat negeri Johor.

Program ini turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin. Para pelajar dan sukarelawan mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra bersama beliau.

“Saya berasa bangga atas penglibatan para sukarelawan dari institusi pengajian tinggi khususnya para pelajar dari Politeknik METrO Johor Bahru dalam program seumpama ini, walaupun Politeknik METrO Johor Bahru adalah sebuah institusi yang kecil namun berjaya melibatkan diri dalam aktiviti khidmat komuniti”, katanya. 

Menurut Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga merupakan perasmi pada program ini berkata, program ini dilihat sebagai suatu aktiviti yang sangat bermanfaat kerana melibatkan para sukarelawan dari institusi pengajian tinggi, agensi-agensi serta KRT dari seluruh Johor.

Disamping itu, program seumpama ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam mendukung kepada perancangan negeri Johor. Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian Bakul Rahmah serta agihan bubur lambuk kepada para penduduk sekitar.

Program tersebut berlangsung serentak di seluruh negara.

/*! elementor - v3.12.1 - 02-04-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti