Dr. Mohd Zahari Adakan Lawatan Rasmi Ke KKBDA

UKK JPPKK
10 February 2023
BERITA, Umum

Jitra, 27 November 2022 – YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA). Turut hadir sama ialah YBrs. Puan Salmah binti Hj. Ijam, Pengarah KKBDA. 

Pada lawatan tersebut, Dr. Haji Mohd Zahari turut berbesar hati melawat Bengkel Automotif sambil beramah mesra bersama pensyarah dan pelajar. Kemudian, beliau ke Unit Cedev KKBDA bagi memberi sokongan kepada lima orang pelajar KKBDA yang  berjaya ke peringkat separuh akhir Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2022 yang akan diadakan pada 28 hingga 30 November ini di Zenith Hotel, Putrajaya.

Hadir pada lawatan ini juga ialah YBrs. Encik Kamaludin bin Daud, Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) merangkap Pengerusi PolyCC Negeri Kedah/Perlis, Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Negeri Kedah.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti