‘Ziarah Kasih’ bukti keprihatinan PKB

POLITEKNIK KOTA BHARU
07 June 2024
BERITA, Komuniti

Bachok, 4 April 2024 – Tatkala umat Islam seluruh dunia sedang membuat persiapan menyambut aidilfitri dengan penuh rasa gembira, namun ujian pula menimpa pelajar Politeknik Kota Bharu Muhamad Irwan Fahmi bin Sabri, 21 tahun, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), dari Kg Tok Matang Beris Kubur Besar Bachok, apabila rumah keluarganya musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada 30 March 2024 yang lalu. Punca kejadian dikatakan daripada litar pintas. Lebih malang lagi apabila ayahnya pula disahkan mengidap kansel urus tahap 4.

Atas dasar tanggungjawab sosial dan solidariti warga PKB sekali lagi telah membuat kutipan derma bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Elektrik, PKB, Haji Mohd Kaswadi bin Abdul Ghani , “ini adalah sebahagian daripada keperihatinan kami terhadap pelajar-pelajar dalam menjaga kebajikan mereka. Pelajar bukan sahaja diberi penekanan terhadap akademik semata-mata malah turut mencakupi aspek kerohanian dan bersifat ehsan sesama insan”.

Tambahnya lagi, sumbangan yang diterima adalah daripada warga politeknik PKB yang memang bersifat pemurah, tambahan lagi dibulan ramadan yang mulia ini.”

Beliau yang mewakili Pengarah PKB, Gs. Sr. Haji Mohd Fikri bin Ismail, berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan daripada warga PKB sebanyak RM 4660.00 di rumah keluarga pelajar berkenaan.

Sementara itu Muhammad Irwan Fahmi berkata “beliau begitu terharu dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Beliau kini sedang menjalani latihan industri di Syarikat Mashioenay Entp. Sebuah Kedai komputer di Kota Bharu.

Turut hadir Abd Razak Ahmad, ketua Program Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tengku Miro mewakili Masjid Al Albro Pauh 9, Bachok, Kelantan

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti