20 keluarga asnaf terima bantuan Bakul Mawaddah

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
07 April 2023
Komuniti

1 April 2023, Sabak Bernam – Seramai 20 buah keluarga asnaf sekitar Kampung Sungai Tengar, disini menerima bantuan Bakul Mawaddah menerusi Program Projek Kasih Ihya’ Ramadan anjuran Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang berlangsung di Surau Al-Ja’afariah.

Bahan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan tepung telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PSIS, Encik Norman Zamri.

Norman berkata program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan selain dapat mendekati golongan asnaf dan mengeratkan lagi ukhwah antara warga PSIS dan komuniti setempat.

“Seramai 40 orang sukarelawan pelajar dan 26 orang pensyarah PSIS terlibat dalam program ini di mana mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung seawal jam 11 pagi.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasak bubur lambuk, gotong-royong membersihkan surau, menyediakan juadah berbuka dan solat Isyak serta solat tarawih secara berjemaah bersama penduduk kampung,” jelasnya lagi.

Projek Kasih Ihya’ Ramadan PSIS merupakan aktiviti di bawah Program Ihya’ Ramadan PSIS  2023M/1444H yang dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Am PSIS.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti