BERKONGSI KEPAKARAN TVET DALAM EMPOWERING HOMESTAY 2.0@KAMPUNG ALAI

POLITEKNIK MERLIMAU
19 August 2024
Komuniti

ALAI, 1 Jun – Keunikan PMM terserlah dengan kombinasi tenaganya termasuklah pengajar dan pelajarnya dalam menggiatkan usaha, idea dan tenaga, bersama komuniti dan industri bagi menjayakan pelbagai program yang dirancang demi merancakkan pembangunan komuniti setempat, negara, mahupun serata global.

Program Empowering Homestay 2.0@Kampung Alai ini merupakan penganjuran kali kedua dimana bagi penganjuran yang pertamanya adalah pada tahun 2022 dan Homestay Kampung Morten menjadi destinasi pilihan pada ketika itu.

Tahun ini, Politeknik Merlimau sekali lagi mengambil inisiatif berkongsi kepakaran TVET bersama pemain industri pelancongan dan hospitaliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan inap desa (homestay) dan kampung stay di Negeri Melaka, khususnya di kawasan Alai ini.

Hj Muhamad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam ucapan beliau berkata, “Kehadiran Politeknik Merlimau bersempena majlis ini saya kira amat signifikan selari dengan tajuk program ini iaitu “Empowering Homestay” menerusi kepakaran dan ilmu TVET yang ada pada setiap warganya ianya dapat diterjermahkan melalui pemerkasaan aktiviti yang dijalankan”.

“Program ini telah berlangsung sejak dua minggu yang lalu dimana kerja-kerja penyelengaraan penghawa dingin dan pendawaian telah dilaksanakan kepada lebih 10 buah rumah inap desa disini, selain aktiviti perkongsian ilmu untuk QR Solat Jamak dan Solat Qasar dan pendedahan kepada Projek Inovasi REST@Melaka. Dan hari ini kita dapat lihat pelbagai pengisian lainnya dapat dinikmati oleh seluruh komuniti yang ada disini”, katanya lagi.

Yang Berhormat Datuk Wira Abdul Razak Bin Abdul Rahman Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Negeri Melaka dalam ucapatama beliau berkata “Bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri Melaka, pelbagai program dan aktiviti telah dan akan dijalankan bagi mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024. Salah satunya termaksuklah memperkasakan perindustrian inap desa di negeri ini”.

Diharapkan program sebegini dapat memberi manfaat kepada komuniti termasuk para pelajar khususnya dalam memperkasakan peranan homestay dalam industri pelancongan di negeri ini, katanya dalam ucapan beliau.

Turut hadir Datuk Akramuddin Abd Aziz, Pengerusi Persatuan Pemilik Homestay dan Kampungstay negeri, Al-Fadhil Ustaz Hj. Ahmad Safiruddin, Imam Masjid Al-Falihin Kampung Alai.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti