Dari Pemimpin ke Komuniti: Bersama meneroka AI

KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
18 August 2026
Komuniti

PONTIAN | 15 Ogos 2026 – Seramai 16 orang peserta telah menyertai Kursus AI: Kuasai Gemini untuk Perniagaan yang memberi pendedahan secara hands-on kepada komuniti mengenai penggunaan Artificial Intelligence (AI), khususnya Gemini, dalam membantu aktiviti perniagaan, pemasaran digital, penjanaan idea serta meningkatkan produktiviti.

Program ini lebih istimewa dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, yang hadir menyantuni peserta. Menariknya, beliau bukan sekadar memberikan sokongan, malah turut bersama peserta mempelajari dan mencuba sendiri penggunaan AI melalui Gemini.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Puan Sharini binti Zakaria, Pengarah Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKTJ). Kehadiran dan penglibatan bersama ini mencerminkan semangat pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), sekali gus membawa mesej bahawa penguasaan teknologi AI relevan kepada semua lapisan masyarakat — daripada pemimpin hingga komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kolej Komuniti Tanjung Piai atas penganjuran program yang membuka ruang kepada komuniti untuk meneroka serta menguasai teknologi AI secara praktikal. Inisiatif sebegini bukan sahaja meningkatkan AI literacy, malah membantu memperkasa komuniti agar lebih bersedia memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaan dan kehidupan seharian.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti