FAMA Pahang, Kolej Komuniti Pekan bangunkan usahawan online

KOLEJ KOMUNITI PEKAN
11 July 2023
Komuniti

11 April 2023, Pekan  – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang dengan kerjasama Kolej Komuniti Pekan telah menjayakan Program Hands-On AgroBazaar melibatkan 20 orang usahawan Pekan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan pemasaran secara digital sebagai platform pemasaran produk makanan dan pertanian secara maya.

AgroBazaar Online dibangunkan oleh FAMA kian menjadi pilihan usahawan yang baru berjinak dalam pemasaran produk secara maya. Ia juga memberikan luang pasaran baharu dan mampan bagi produk pertanian dan agromakanan dengan mewujudkan komuniti atas talian untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani. Tenaga pengajar bagi program ini melibatkan pegawai-pegawai FAMA yang diketuai oleh Puan Noor Hasbah Binti Omar, Pegawai FAMA Daerah Pekan.

Kolej Komuniti Pekan bekerjasama menyediakan kemudahan tempat dan peralatan komputer bagi menjayakan program tersebut. Pengarah, En. Mohammad Azwan bin Ja’afar berkata, pihak kolej memberi sokongan padu dalam apa jua program yang melibatkan komuniti setempat memandangkan peranan penubuhan kolej antaranya adalah menitikberatkan Pendidikan Sepanjang Hayat masyarakat setempat bagi memajukan kualiti kehidupan mereka dengan ilmu kemahiran. 


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti