Jabatan Kejuruteraan POLISAS laksana inisiatif sarapan percuma, ringankan beban pelajar

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
28 September 2023
Komuniti

22 Mac 2023 , Kuantan – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) mengambil inisiatif mengadakan agihan sarapan percuma kepada 67 orang pelajar JKE menerusi program Breakfast With McDonald’s dengan kerjasama McDonald’s Indera Mahkota, Kuantan.

Sumbangan sarapan pagi ini diberikan sebulan sekali kepada pelajar JKE yang terdiri daripada golongan B40 bagi sepanjang sesi 2 2022/2023. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Pengarah POLISAS, Norehan Silek ketika dihubungi berkata , program ini merupakan tanda keprihatinan POLISAS dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberikan keutamaan.

“Diharapkan program sebegini dapat diperluaskan dan diteruskan lagi pada semester-semester yang akan datang, dalam usaha untuk meringankan sedikit beban pelajar yang terkesan dan membantu pelajar untuk terus fokus dalam pembelajaran”, katanya lagi.

Sarapan pagi telah diserahkan oleh Abdul Razak bin Kamaruddin, Restaurant General Manager 2, McDonald’s Indera Mahkota kepada wakil POLISAS iaitu Rais Rabani Abd Rahman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Makanan dan minuman ini telah diagihkan kepada para pelajar oleh Timbalan Pengarah (Akademik), POLISAS, Wan Zuraida Wan Yusoff yang mewakili Pengarah POLISAS.

/*! elementor - v3.11.5 - 14-03-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti