KKBDA bantu komuniti jana pendapatan

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN
07 March 2024
Komuniti

JITRA, 19 Februari 2024 – Program Hari Terbuka dan Keusahawanan Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) telah diadakan dengan jayanya di perkarangan KKBDA hari ini.

Program yang diadakan saban tahun ini telah memberi peluang kepada komuniti untuk hadir menyertai pelbagai program menarik seperti pendaftaran terbuka kemasukan belajar di KKBDA, pemeriksaan kenderaan percuma, pameran inovasi pensyarah & pelajar, jualan keusahawanan pelajar, pameran agensi luar, cuci kereta, penglibatan Puspanita Kubang Pasu, Maker market, Usahawan Alumni/ PSH, Racing Car, Kursus Smartphone Photography, Sebu/SBU dan lain-lain lagi.

Program hari ini diserikan dengan kehadiran barisan panel Pertandingan Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) yang terdiri daripada Head Deposit & Cash Management Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Mohd Noor Jab, Ketua Institusi Francais Jabatan Perkhidmatan Sokongan Francais, Dr. Muhammad Hafizi Sulaiman, Public Affairs Associate Borong.com, Cik Syazana Nordin serta panel daripada KPT dan JPPKK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada KKBDA yang merupakan Finalist AKKPT Tahun 2023 dan bakal merebut RM100,000 jika berjaya menjadi juara.

Turut hadir menyertai program ini adalah Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kubang Pasu, Bank Islam Cawangan Jitra, Hong Leong Bank
Jitra, Affin Bank Jitra, Lembaga Zakat Negeri Kedah, PTPTN Negeri Kedah, AADK Negeri Kedah, RedONE dan diserikan lagi dengan kehadiran pensyarah dan pelajar daripada Phatthalung Technical College (Thailand) sebagai rakan kolaborasi (program pengantarabangsaan).

Program ini merupakan salah satu inisiatif penganjur bagi memberi peluang kepada komuniti dan masyarakat luar mengenali KKBDA sebagai salah satu institusi peneraju TVET yang unggul dan mengetengahkan perkhidmatan yang ditawarkan di Kolej Komuniti selari dengan Daerah Kubang Pasu sebagai daerah Ilmu dan Logistik.

Pengarah KKBDA, Puan Salmah Ijam dalam ucapannya berkata matlamat penubuhan Kolej Komuniti terdahulu ialah memberikan latihan kepada komuniti dan menyediakan ruang bagi menjalankan Kursus Pendek. Beliau turut menggalakkan komuniti yang hadir untuk menjadi duta kepada Kolej Komuniti dalam mempromosikan program pengajian sepenuh masa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

“Dengan adanya program ini dapat membantu peniaga yang antaranya merupakan peserta kursus PSH dan juga alumni KKBDA memperkenalkan produk hebat mereka dan menjana pendapatan melalui jualan yang diadakan bermula awal pagi tadi,” katanya lagi. Kebanyakan mereka telah berjaya membuka perniagaan sendiri dan terkenal dengan produk masing-masing.

Pelbagai pendekatan dan inisiatif telah dilakukan oleh pihak KKBDA termasuk mendedahkan pelajar dan komuniti dengan ilmu keusahawanan termasuk peluang bimbingan untuk menjadi usahawan dengan harapan agar mereka berjaya mencipta peluang pekerjaan khususnya dalam bidang keusahawanan. Pelbagai kursus pendek yang bersesuaian ditawarkan dan telah terbukti KKBDA berjaya melahirkan banyak usahawan hasil daripada pendedahan ilmu dan kepakaran yang diberikan.

Semoga melalui program ini akan memberi informasi dan galakan kepada komuniti untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran TVET di Kolej Komuniti selaras dengan tujuan utama penubuhan Kolej Komuniti iaitu Kolej Komuniti untuk Komuniti.

/*! elementor - v3.19.0 - 28-02-2024 */ .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti