KKKT sertai program penanaman 10,000 pokok Eucalyptus Pellita

KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
07 April 2023
Komuniti

21 Mac 2023, Johor Bahru – Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) telah mengambil bahagian pada Program Penanaman 10,000 pokok Eucalyptus pellita selaras dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok anjuran Aramijaya Agri & Agro Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Sebanyak 10,006 pokok telah ditanam menjadikan rekod terbaru dan diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records sebagai penanaman Pokok Eucalyptus terbanyak.

Penganjuran program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang disambut pada 21 Mac setiap tahun. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Salim Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Johor. Turut hadir bersama Lee Hun Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Aramijaya Agri & Agro Sdn Bhd.

Seramai 600 peserta dari pelbagai agensi turut terlibat dalam program ini termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Impian Emas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Impian Emas, Johor Bahru Happy & Joyous Club, Kelab Ihsan Johor, Malaysian Nature Society Johor Branch, RELA Daerah Kota Tinggi, Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Sukarelawan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti