Kolej Komuniti Kota Tinggi perkasa kemahiran komuniti

KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
17 November 2023
Komuniti

Kota Tinggi, 22 Oktober 2023 – Program Khas Perkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komunti Madani bagi memenuhi keperluan institusi untuk bersama-sama dalam menyantuni masyarakat setempat secara lebih dekat melalui penganjuran program yang bersesuaian. Melalui strategi kelima di dalam Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi atau Sejahtera IPT iaitu “Memacu Kesejahteraan Komuniti” memfokuskan kepada Kolej Komuniti yang menjadi touch-point rakyat dengan KPT.  Penganjuran program berbentuk pendampingansosial atau social outreach ini memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan kursus pendek bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat sama ada dibandar atau kawasan luar bandar untuk meningkatkan kemahiran di samping menjana pendapatan.

Malahan program ini juga sebagai usaha pemantapan sistem penyampaian maklumat melalui kaedah menyebar luas informasi kepada belia daripada segi peluang melanjutkan pelajaran dalam program-program sepenuh masa dan pelaksanaan kursus-kursus pendek yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat. Sehubungan itu ianya juga berupaya mengoptimumkan sumber sedia ada antara institusi iaitu pihak Kolej Komuniti Kota Tinggi, badan korporat dan komuniti secara kolaborasi strategik. Justeru, pelaksanaan Program Khas Perkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti Madani diharap berupaya meningkatkan kesejahteraan masyarakat walau di mana mereka berada.

Diantara objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan Kolej Komuniti Kota Tinggi secara lebih meluas kepada Jabatan/Agensi setempat dan luar,  Mempromosikan penampakan Kolej Komuniti di Daerah Kota Tinggi  kepada seluruh warga Malaysia untuk menjadikan POLYCC di Kota Tinggi sebagai ‘preferred institution‘ dan memperluaskan jaringan kolaborasi antara POLYCC

di Kota Tinggi dengan industri dan komuniti. Dalam majlis yang sama juga terdapat majlis menandatangi persefaham diantara industri di sekitar Kota Tinggi. Wakil Industri yang terlibat adalah Puan Soriate binti Demin, Pengurus IKS Ciksu, Encik Mohd Firdaus bin Kamaruzzaman, Pengurus Jarum Mas dan Cik Rafeah binti Noah, Setiausaha Persatuan Pelancongan Kota Tinggi. 

 

Semoga dengan penganjuran Kota Tinggi dapat memberi impak yang positif kepada seluruh komuniti Kota Tinggi dan  penampakan POLYCC di Kota Tinggi.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti