Kolej Komuniti mengupaya potensi masyarakat

KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
08 May 2023
Umum

27 April 2023, Kota Tinggi – Kolej Komuniti berperanan penting dalam usaha mengupaya dan membangunkan potensi keterampilan individu serta mempamerkan keterlihatan masyarakat.

Menurut Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dalam lawatan beliau ke Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) baru-baru ini berkata peranan ini diterapkan dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang merupakan asas utama dalam penubuhan Kolej Komuniti.

“Ini termasuk membudayakan teknologi dalam kalangan usahawan, mewujudkan kerjasama dengan NGO, memupuk pembangunan ekonomi serta menjalin kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan serta universiti. Pemantapan dari segi kualiti program PSH juga amat signifikan dalam usaha ‘merakyatkan’ Kolej Komuniti”, katanya lagi. 

Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Muszaide Makmor, ADUN Sedili, Baharudin Taib, ADUN Permas, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Shazwan Sazali, Pengarah Kolej Komuniti Kota Tinggi serta Asiah Md Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kota Tinggi.

Produk pelancongan seperti VE Camp yang dimiliki oleh Alumni KKKT telah mengusahakan Kota Tinggi Tourist Information Center (TIC) turut dipamerkan pada sesi lawatan kerja ini.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti