Kolej Komuniti Segamat tingkat kemahiran komuniti setempat

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
01 November 2023
Komuniti

14 Oktober 2023, Segamat – Majlis Penutupan Karnival PSH Komuniti Madani Kolej Komuniti Segamat yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Anuar  Abd Manap, ADUN Pemanis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Segamat.

Pada majlis tersebut, YB Tuan Haji Anuar mengucapkan syabas dan tahniah kepada kolej komuniti Segamat di atas kejayaan melaksanakan Karnival PSH Madani 2023 yang melibatkan komuniti pelbagai peringkat.Dalam ucapannya, beliau berkata “Saya menyeru kepada seluruh Komuniti Segamat khususnya, supaya menggunakan platform yang tersedia ini untuk meningkatkan ilmu kemahiran sepanjang hayat sebagai nilai tambah pembangunan kendiri dan kemajuan kerjaya di masa depan”.Program Karnival PSH Madani Kolej komuniti Segamat ini telah dihadiri seramai 246 orang peserta yang mengikuti sebanyak 12 kursus pendek antaranya Kursus Pengurusan Kewangan, Kursus Robotik, Kursus Adobe Photoshop dan lain-lain lagi. Karnival PSH Madani yang diadakan serentak seluruh negara ini juga berjaya mencatat rekod Malaysia Book Of Record (MBOR) bagi kursus pendek yang dibuat secara serentak dengan paling ramai penyertaannya.Pihak kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta kursus yang hadir. Ianya diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat khasnya dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti