Pegawai KKKG perlu kekalkan budaya integriti dalam melaksanakan tugas

KOLEJ KOMUNITI KUCHING
11 July 2023
Umum

10 Julai 2023 , Kuching – Warga Kolej Komuniti Kuching (KKKG)  harus  mengekalkan budaya integriti yang baik dalam melaksanakan tugasan harian supaya dapat memberi penyampaian perkhidmatan yang efektif kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pihak KKKG.

Demikian menurut Pengarah KKKG, Sarawak Sumbang Mandaw ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Suku Tahun Kedua 2023 di Kolej Komuniti Kuching, Petra Jaya, hari ini.

Ujar  beliau, para pegawai dan anggota KKKG  antara nya perlu menekankan pentingnya mematuhi arahan keluar masuk  serta waktu jam bekerja di pejabat.

“Kedisiplinan dalam hal ini adalah aspek penting untuk menjaga ketertiban dan keberkesanan organisasi. Dengan mematuhi arahan tersebut, kita menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi serta memastikan tahap profesionalisme yang tinggi. Meskipun ada keperluan untuk urusan peribadi di luar pejabat, pegawai harus memaklumkan kepada ketua jabatan dengan melengkapkan maklumat dalam sistem hrmis”, ujar beliau lagi.

Terdahulu, Ketua Program Pengetahuan Am, Diana Lim turut berkongsi pengetahuan mengenai kepentingan integriti dalam kalangan pensyarah KKKG yang berhubungkait dengan rasuah dan urusan pengisytiharan harta.

Pada program yang sama, seramai enam anggota jabatan yang terdiri daripada pegawai profesional  dan pengurusan serta pegawai kumpulan sokongan dianugerahkan sijil pegawai contoh bagi bulan April, Mei dan Jun 2023.

/*! elementor - v3.14.0 - 26-06-2023 */ .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti