Program Karnival Komununiti MADANI Sedili

KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
07 March 2024
Komuniti

20 Januari 2024, Kota Tinggi – Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) telah menjayakan Karnival Komuniti Madani Sedili anjuran bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Karnival yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, Kota Tinggi ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi  merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khalid bin Nordin.

KKKT telah dilantik bagi menyelaras kursus pendek masakan berasaskan cendawan dan madu kelulut. Kursus ini bukan sahaja memberi pengetahuan baru buat masyarakat malah membuka peluang perniagaan. Cucur cendawan dan Teh ais cincau madu kelulut merupakan pilihan resepi pada hari kejadian. Peserta memberikan respon yang baik dan berpuas hati dengan  ilmu yang dipelajari.

Selain dari kursus pendek, terdapat juga acara simbolik pelepasan anak benih di Jeti Sedili Besar oleh UMT, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pertukaran Surat Hasrat diantara KKKT bersama Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat, UMT juga merupakan salah satu agenda yang berlangsung pada hari kejadian.

Di majlis yang sama pihak UMT telah membuat penyerahan Kit Cendawan kepada Ketua Kampung Semayong, Sedili Besar dan Guru Besar Sekolah Rendah Sedili Besar. Penyerahan Kit Sabun DIY kepada Ketua Kampung Tanjung Sedili dan Penyerahan Kit Kelulut kepada Ketua Kampung Sedili Kecil.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan lawatan ke tapak pameran.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti