Program Outreach Kulim 2023 tarik lebih 1,500 pengunjung

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
03 April 2023
Umum

20 Mac 2023, Kulim – Lebih 1,500 pengunjung telah membanjiri Program Outreach Kulim 2023 yang diadakan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), disini. Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi ini adalah untuk menyampaikan dan menyebar luas maklumat yang tepat dan terkini kepada pelajar sekolah serta bakal mahasiswa berkaitan peluang-peluang pengajian tinggi yang ditawarkan. Program yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, USM dilihat mampu menjadi saluran terbaik dalam memperkasa aspirasi kerajaan untuk meningkatkan aksesibiliti dan ekuiti pengajian tinggi.

Sebanyak 21 universiti, politeknik dan kolej komuniti serta institut kemahiran telah mengambil bahagian dalam program ini menerusi pembukaan ruang pameran di reruai institusi masing-masing. Antara pengisian yang dijalankan sepanjang Program Outreach ini berlangsung adalah taklimat dan runding cara daripada pihak UPUOnline, konsultasi pendidikan percuma daripada wakil institusi, saringan kesihatan percuma, derma darah, demonstrasi program-program pengajian, permainanan interaktif dan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Program ini telah mendapat kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM), PTSB dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Turut hadir adalah En. Wahi Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi serta Hj. Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah PTSB.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti