PTSS tingkat jaringan kerjasama bersama institusi pendidikan Indonesia dan Thailand

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
28 January 2024
Komuniti

13 Januari 2024, Arau -Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mengadakan Lawatan Akademik bersama Delegasi Indonesia ke Trang Thailand. Program Lawatan Akademik ini bagi menyantuni jemputan daripada Sekolah Saengtham Witaya sempena Majlis Sambutan 25 Tahun Sekolah Saengtham Witaya. Jemputan ini juga di panjangkan ke Forum Kerjasama Pendidikan Tingi (FKPT), Indonesia yang telah menandatangani sijil kerjasama dengan sekolah tersebut. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa dan rangkaian sosial antara Politeknik Malaysia khususnya PTSS dengan institusi pendidikan Indonesia dan Thailand. Ia juga memberi ruang bagi pertukaran pengetahuan, pengalaman dan budaya di antara peserta program dan warga pelaksana. PTSS dan delegasi Indonesia juga turut terlibat dalam jualan amal pada Sambutan 25 Tahun Sekolah Saengtham Witaya iaitu dengan memberi hasil jualan kepada sekolah Saengtham sebagai sumbangan bagi membaik pulih sekolah tersebut.

Sedikit latar belakang permulaan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman di Selatan Thailand  telah mengadakan program Ziarah Mahabbah sebagai acara tahunan.   Pelbagai pengisian diadakan dalam program ini termasuklah usaha mengembalikan Bahasa Melayu kepada wilayah ini.  Beberapa institusi di Perlis dipertanggungjawabkan untuk berkongsi kepakaran bagi menyuntik semula Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat melayu di sana.  Bagi tahun 2018, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan juga Institut Perguruan Guru Perlis dijemput untuk menyertai program ini bagi memperkukuhkan lagi penyebaran penggunaan Bahasa Melayu.  Sekolah Agama Saitam, Trang  telah dipilih untuk dikendalikan oleh PTSS.  Seramai enam orang tenaga pengajar dari PTSS akan ke Sekolah Agama Saitam, Trang untuk mengajar 30 orang guru bahasa selama lima hari bermula 8 Januari sehingga 12 Januari 2018.

Sejak dari itu PTSS meneruskan Ziarah Mahabbah dan mempelbagaikan kegiatan dengan  sekolah Saengtham sehingga hari ini.  Pengendalian program memperkukuhkan penguasaan bahasa melayu di enam wilayah andaman ini di pantau dari masa ke maSA oleh DYTM Tuanku Raja Muda & MAIPs

Encik Abdul Malek, Pengarah PTSS menggalakkan pemasangan solar-solar panel di sekolah Saengtham.  PTSS telah membawa pensyarah-pensyarah dan pelajar JKE dan JKM untuk program LATIHAN PEMASANGAN SOLAR dan menjalankan Program CSR sebanyak dua kali.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti