Teruja anak jadi graduan TVET

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
18 January 2024
Umum

7 September 2023, Permatang Pauh – Dr Salmi binti Che Meh , 56, merupakan mantan Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi dan juga Mantan Timbalan Pengarah Akademik di Politeknik Seberang Perai kini bertugas sebagai Pengarah Politeknik Balik Pulau berkata, “Perasaan saya hari ini bercampur-baur gembira, teruja dan bersyukur kerana selama ini saya mendidik anak-anak pelajar lain di PSP dan kini anak saya sendiri menjadi graduan TVET di PSP.

Beliau juga menyatakan bahawa ura-ura ( komen- komen) yang menyatakan Graduan TVET tidak ke mana-mana tu adalah andaian lapuk dan tidak relevan. Ini kerana beliau telah berada di dalam sistem politeknik lebih 25 tahun dan menyaksikan sendiri kejayaan dan kebolehpasaran graduan politeknik amat tinggi dan menjadi rebutan industri.

Tambahnya lagi, “Setelah Eiman tamat praktikal di Maybank, bank tersebut telah menawarkan anaknya itu bekerja terus di bank tersebut. Ini membuktikan graduan politeknik tidak mengangggur seperti yang digembar-gemburkan dan tidak sampai setahun berkhidmat di Maybank anaknya telah berjaya menjadi Top Five (5) bagi wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan terbukti PSP berjaya melahirkan graduan TVET yang berkualiti, holistik dan berdaya saing.

Eiman Ezzul Hakim bin Zulkifli, 22, berkata, “Di PSP saya bukan saya belajar secara teori malah turut dilatih secara praktikal kemahiran-kemahiran yang terkini seiring keperluan industri masa kini. Saya juga menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan mampu berkomunikasi dengan apa juga lapisan masyarakat.”

Dalam majlis yang sama, Ketua Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai juga meraikan kejayaan anaknya Muhammad Iqbal Hafiz bin Ismail, 22, yang menerima Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Puan Mariam binti Ahmad , 51, berkata, “Saya rasa syukur kerana anak saya menjadi salah seorang graduan berasaskan TVET.  Bagi saya, graduan TVET mempunyai peluang yang luas sama ada untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, menjadi usahawan ataupun makan gaji.

Iqbal yang turut menerima Anugerah Projek Terbaik Bidang Kejuruteraan kini sedang melanjutkan pengajian di UTEM Melaka dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik. Kata Iqbal keputusan untuk melanjutkan pengajian di PSP adalah satu keputusan yang tepat dan menjadi permulaan kejayaan masa depannya insyaAllah.

Selama 25 tahun penubuhannya, PSP telah melahirkan seamai 36,775 graduan TVET. Pengarah PSP, Roseliza Dato’ Shaari, berkata bagi memastikan graduan yang dilahirkan oleh PSP sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi terkini, kolaborasi bersama industri sentiasa dipergiat supaya kurikulum yang ada di PSP bersifat ‘Industry Driven Curriculum’ dan graduan yang tamat pengajian di PSP mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

“Terbukti hari ini dalam tempoh 25 tahun jubli perak, PSP telah melahirkan lebih 36,000 graduan di mana kadar kebolehpasaran graduan PSP sendiri adalah melebihi 90 peratus berturut-turut untuk 5 tahun dan majoriti graduan berjaya mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian atau membuka perniagaan sendiri.

“Justeru tema yang dipilih kali ini amat bertepatan dengan kualiti pencapaian yang telah dikecapi,” katanya.

Majlis konvokesyen Politeknik Seberang Perai kali ke-22 menyaksikan seramai 1,951 graduan bagi 13 program akan menerima diploma masing-masing.

/*! elementor - v3.16.0 - 12-09-2023 */ .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}

Iqbal bersama ibu dan bapanya

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti