
Gerik, Perak; Kolej Komuniti Gerik, Batu Gajah dan Pasir Salak telah menerima Sijil penghargaan sebagai rakan sinergi pelaksanaan program-program di Bulan Wanita peringkat Negeri Perak. Kolej Komuniti berkenaan telah menerima sijil di Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 yang telah berlangsung di Laman Seri Ridzuan, Ipoh pada 8 Mac 2025 (Sabtu). Sijil Penghargaan ini yang bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan Kolej Komuniti menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan wanita Negeri Perak. Majlis ini dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak.
Pengarah-Pengarah dari ke tiga-tiga buah Kolej Komuniti berkenaan telah hadir menerima Sijil berkenaan dari YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad, yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha gigih dalam memajukan agenda wanita di negeri ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato’ Salbiah Binti Mohammed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan, dan Koperasi Negeri Perak. Sijil Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada Kolej Komuniti dalam menyokong pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada wanita terutama komuniti setempat.
Penghargaan ini menunjukkan komitmen Kolej Komuniti dalam memperkasakan wanita dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Dengan penerimaan anugerah ini, diharapkan Kolej Komuniti akan terus menjadi rakan strategik dalam usaha mempertingkatkan peranan wanita dalam masyarakat dan negara.